WANHEARTNEWS.COM - Menangis bersama anak Punk jalanan di Jakarta. Lembut hati dan sopan anak-anak muda ini. Hensem dan cantik semuanya.
Tak tahu bila lihat anak ini dijalanan dan melalui hidup ujian mereka. Disebalik tatoo mereka ada kisah air mata. Belanja anak Punk buka puasa kemudian shoping Baju Hari Raya. Kemudian ajak check in hotel semuanya. 9 bilik untuk mereka. Kami solat dan tazkirah bersama. Saya suap makan dan peluk mereka beberapa kali. Teringat pelukan mak ayah.
Ramai yang menangis walau lain bunyi bahasa saya dengan mereka. Ulang kali saya kata Allah sayang abang kakak adik adik semua. Ingat tu sentiasa. Ada bila ditanya kenapa menangis.
"Kami dah lama tak rasa begini. Terima kasih ustaz melayan kami dan berkongsi begini dengan kami. Rindu rasanya teramat pada ibu ayah."
Dengar kisah ada yang ibubapa bercerai semenjak kecil. Ada yang tidak pernah jumpa ibubapa. Ada yang semenjak 10 tahun dijalanan. Ada yang kehilangan ibu. Ayahnya tidak mahu berjumpa lagi. Ada yang ibu tak nak jumpa lagi kerana sudah ada suami lain. Tak nak orang tahu itu anaknya. Siapa sangka kan disebalik wajah garang mereka ini ialah ujian hidup.
Sebak sedih masa solat. Senang je semua menangis. Dengan saya tak tahan menangis. Meraung menangis. Mereka semua nak solat dan nak dekat pada Allah dan ibubapa. Saya aturkan supaya sebahagian mereka dapat keluar Tabligh. Berada di jalan Allah.
Semoga anak muda yang baik ini semua dijaga Allah. Berjuta rahmat yang kau beri buat mereka berilah sedikit buat diriku.
Terima kasih adik-adik yang membuat hati ini tersentak dan supaya lebih bersyukur. Jika ada pahala untuk semua ini ya Allah,aku hadiahkan buat mak ayah yang disana.
(Ustadz Ebit Lew)